Hari ini, kita akan melihat 7 teknik menggunakan konteks untuk meneka makna perkataan:
1. Sinonim
Sinonim bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang serupa. Contohnya:
Recent advances in medical science has improves our life span.
Perkataan advances dan improves mempunyai makna yang serupa. Jika anda tidak tahu makna advances, anda boleh menekanya berdasarkan perkataan improves.
2. Antonim
Kadangkala, seseorang penulis akan menggunakan perkataan yang berlawanan maksud, yang dipanggil antonim, untuk memberikan sedikit petunjuk sesuatu perkataan.
Although there is significant amount of advancement in medical science, our health status are still declining.
Dalam ayat di atas, saya telah membuat perbandingan bagi perkataan advancementdengan declining. Anda boleh meneka bahawa advancement adalah berlawanan dengan declining, iaitu advancement bermaksud kemajuan.
3. Definisi
Ada masanya seorang penulis juga akan memberikan definisi bagi sesuatu perkataan dalam artikelnya, terutama apabila perkataan tersebut jarang dijumpai.
The restaurant also serve ala-carte, which can be ordered as separate item from the menu, and meal set.
Bolehkah anda meneka apakah makna ala-carte berdasarkan ayat di atas?
4. Penerangan
The round flat beret cap is usually made of soft cloth.
Melalui teknik ini, saya telah menjelaskan kepada anda bahawa beret adalah topi yang bulat dan leper, serta diperbuat daripada kain yang lembut.
5. Contoh
Melihat contoh yang diberi juga boleh membantu kita meneka sesuatu makna perkataan.
Mother likes to make puree from fruits like tomato, apple, chestnut and raspberry, and gives them as a present to relatives and friends.
Dalam contoh di atas, saya memberitahu anda bahawa puree dibuat daripada buah tomato, apple, chestnut dan raspberry.
6. Pengalaman
Biasanya dalam penulisan berbentuk cerita, penulis akan menetapkan suasana dalam ayatnya. Anda mungkin boleh meneka maksud perkataan dengan membayangkan pengalaman anda melalui suasana dalam cerita tersebut.
I am sure Mother will nag at me because I didn’t followed her advice to park the car at the appropriate place and now the car is damaged.
Berdasarkan pengalaman anda, apabila anda disuruh untuk melakukan sesuatu, tetapi anda tidak melakukannya, dan mengakibatkan perkara buruk berlaku, anda tentu boleh meneka bahawa nag bermaksud dimarahi dengan teruk dan berterusan .
7. Umum
Selalunya, apabila menemui perkataan yang baru, anda boleh meneka maknanya berdasarkan keseluruhan artikel tersebut.
Lihat contoh berikut yang saya ambil daripada blog Beyond The Rhetoric:
Using more words than necessary:This is not a grammar mistake, but you should always be as succinct as possible. For example: Herbert saw the big bully on the grey sidewalk, and he took out a fist that landed on the bully’s face. This long sentence can be shortened to just: Herbert fought the bully. In writing stories, it’s appropriate to use long sentences to add effect. However, in informational writing you should always be succinct.
Dari petikan artikel di atas, perkataan-perkataan lain dalam artikel tersebut seperti more words, shortened memberitahu anda bahawa succinct bermaksud ringkas dan jelas.