<

left

Friday, January 2, 2015

berat mata memandang berat lagi bahu memikul

http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/

Sudah lama rasanya saya tidak update status di blog ini.Bukan  tidak sudi berkongsi cerita atau paparan dengan bloger atau folowers yang lain tetapi memandangkan kesibukan tugas dan kesuntukan masa menyebabkan saya seolah-olah terlena dan  terlupa seketika tentang blog ini. Justeru, dengan sedikit cebisan dan sisa-sisa masa terluang yang ada, saya cuba memuatkan sedikit perkongsian cerita, yang terpaksa ditanggung oleh ribuan saudara , keluarga, sahabat dan rakan taulan kita yang berada nun di Pantai Timur Semenanjung  untuk kita kongsi dan selami keperitan dan kesusahan mereka yang sedang diuji dengan satu ujian yang amat dasyat dan perit untuk kita lalui. Tetapi sesungguhnya, percayalah, setiap ketentuan qada dan qadar Allah itu bukan bertujuan untuk menyusahkan setiap makhluk dan hambanya di muka bumi ini melainkan sekadar untuk menguji ketahanan dan kesabaran iman yang teguh di kalangan makhluknya apabila diberi ujian dan dugaan. Sesungguhnya, setiap sesuatu kejadian tidak akan diketahui manusia melainkan tersimpan sejuta rahmat dan hikmah yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa dan memohon keampunan daripada DIA Sang Pencipta Alam di atas kelalaian dan kealpaan kita selama menjadi khalifah di muka bumi ini. Semoga segala amalan dan taubat kita diterima dan diampunkan olehNya.

Buat semua mangsa yang terlibat dengan bencana dan ujian banjir ini, bersabarlah dan terus berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT kerana hanya Dia yang berhak memberikan hikmah yang tersembunyi di setiap sesuau kejadian yang menimpa kita. Sesungguhnya, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Dan hanya Allah sahaja yang maha pemurah lagi maha penyayang dan lebih mengetahui segala-galanya setiap sesuatu kejadian. Memang mudah untuk kita mengucapkan sabar dan redha berbanding mangsa yang menanggung ujian ini namun, apakah lagi yang sesuai untuk kita kongsikan melainkan hanya mampu memanjatkan doa dan restu dari kejauhan semoga semua mangsa yang terlibat dengan ujian Allah ini diberi kesabaran yang tinggi dan semakin teguh imannya terhadap ALLAh SWT.
Amin....

Semuga sedikit paparan ini dapat menginsafkan kita terutamanya diri saya sendiri dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Sang Penciptanya. Dan buat rakan-rakan semua boleh melayari laman web yang saya sertakan untuk mendapatkan sedikit info tentang perkembangan yang berlaku di persekitaran kita.