<

left

Saturday, November 9, 2013

Panduan membina Papan Cerita

Prosedur Penyediaan Papan Cerita 

Keperluan :
1. Set komputer (multimedia beserta mikrofon) dan pencetak.
2. Perisian Microsoft Office XP yang telah diinstall sepenuhnya.
3. Fail-fail sokongan.
4. Huraian sukatan pelajaran mata pelajaran yang dipilih.
5. Buku teks serta sumber maklumat yang lain.
6. Disket untuk menyimpan fail dalam bentuk Pack and Go.(jika perlu)

Aktiviti 1 : Contoh Persembahan Dan Prinsip CASPER
Peserta kursus akan dapat meneliti dan membanding beberapa contoh persembahan MS PowerPoint serta menyenaraikan prinsip-prinsip persembahan MS PowerPoint yang baik.

Aktiviti 2 : Merancang Kandungan Persembahan
Merancang isi kandungan dan reka letak ( layout) persembahan dengan papan cerita.

Aktiviti 3 : Membina Bahan Persembahan
Membina satu persembahan yang boleh guru gunakan untuk menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas. Mencetak satu Notes Pages yang boleh membantunya menyampaikan sesi pengajaran di dalam kelas. Di antara elemen-elemen MS PowerPoint yang diberi penekanan termasuklah Format, Slide Transition, Custom Animation, Hyperlink dan cetakan Notes Pages.

Aktiviti 4 : Menyisip Bunyi 
Memasukkan bunyi dari Sound Gallery dan Ulasan (Narration) ke dalam persembahan.

Aktiviti Tambahan (jika perlu)
Aktiviti i : Menukar Fail Persembahan Ke Bentuk HTML
Menyimpan fail persembahan dalam bentuk HTML bagi membolehkan persembahan tersebut diakses melalui internet.

Aktiviti ii : Membina Disket Pack And Go
Menyimpan persenbahan menggunakan kaedah Pack And Go bagi membolehkan persembahan itu dibuka menggunakan computer yang tidak mempunyai Microsoft Office.

Aktiviti iii : Berkongsi Dan Menilai.
Menilai persembahan MS PowerPoint masing-masing serta rakan berdasarkan senarai semak yang sedia ada dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan/kefahaman baru yang diperolehi dengan peserta kursus yang
lain.

Prosedur : 
1 : Meneliti Contoh-contoh Persembahan MS PowerPoint.
1. Buka fail contoh persembahan yang telah disimpan di Desktop.Pilih persembahan 1.

2. Teliti dan nilai contoh persembahan MS PowerPoint berkenaan dari segi :
- Font (jenis, warna dan saiz)
- Latar belakang/background ( jenis dan warna)
- Reka Letak/layout ( susunan dan jarak antara font, susunan dan jarak antara grafik)
- Fokus/emphasis ( Fokus persembahan)

3. Ulang langkah 1 dan 2 bagi fail persembahan 2 dan fail persembahan 3.

4. Bandingkan prinsip setiap persembahan, bagaimanakah ketiga-tiganya dapat membantu anda dalam merancang fail persembahan yang bakal anda buat ?

2 : Merancang Kandungan Persembahan
Objektif : 
1 Merancang isi kandungan dan reka letak (layout) persembahan menggunakan papan cerita.

Prosedur :
Langkah 1 : Perancangan awal
1. Merancang satu persembahan untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran satu topic khusus dalam satu mata pelajaran pilihan.

2. Isi kandungan , reka letak (layout), dan impak sesuatu persembahan banyak bergantung kepada jenis penonton yang ada, bidang pembelajarn dan jenis pembelajaran.
Nyatakan hal-hal berkenaan bagi persembahan yang hendakdibina.

a. Kumpulan sasar :…………………………………………………………….
b. Bidang kurikulum (mata pelajaran) :…………………………………………..
c. Tahap : ……………………………………………………
d. Tajuk/Topik :……………………………………………………………………….
e. Jenis Pembelajaran : Kuliah/ Penerokaan/ Latih tubi / Ujian/ Kuiz.

3. Persembahan anda perlu ada tajuk kecil yang difokuskan semasa persembahan. Antara tajuk kecil yang mungkin anda perlukan termasuk Pengenalan, Isi Kandungan ( termasuk sub tajuk ), Latihan, dan Rumusan/Penutup.

Langkah 2 : Penyediaan Papan Cerita.
1. Tulis dan lakar pada petak-petak berikut tentang perkara yang dirancangkan di Langkah 1.
2. Berdasarkan prinsip CASPER, semak (jika ada) akan :
a. susunan ( alignment) teks, grafik dan navigational tools.
b. Jenis, saiz dan warna font.
c. Saiz dan jenis grafik.
d. Fokus (emphasis) bahan dalam slide; jarak antara objek (proximity).

3 : Membina Bahan Persembahan
Objektif : 
1. membina satu persembahan yang akan digunakan untuk menyampaikan ini pelajaran di dalam kelas.
2. mencetak satu set Notes Pages yng boleh membantu menyampaikan sesi pengajaran di dalam kelas.

Prosedur :
1. Guru membina satu persembahan pengajaran yang menggunakan MS PowerPoint berdasarkan papan cerita yang telah dibina di Aktiviti 2

Langkah :
1. Buka satu persembahan baru.
2. Buka perisian Microsoft PowerPoint, Menu Start, MS PowerPoint.
3. Pilih New, Blank Presentation,
4. Pada Contant Layouts, pilih blank.


5. Untuk mencorak latar ( background theme) pada slide : 
a. Latar berdasarkan warna atau kesan pilihan.
i. Pada menu Format, klik background. Kekotak dialog berikut akan kelihatan.


ii. Pada Lookin, buat pilihan More Colors dan Fill effects.
iii. Jika memilih Fill effects, pilih sama ada Gradient/Texture/Pattern/ Picture dan buat pilihan yang bersesuaian.



iv. Klik OK selepas membuat pilihan.
 
b. Memilih latar berdasarkan Design Template :
i. Pilih Slide Design di anak panah < > pada tetingkap sebelah kanan, pilih Design templates.
ii. Contoh-contoh design dapat dilihat di Preview Window sebelum membuat pemilihan.

6. Memasukkan teks pada slide.
a. Membina label teks dengan Text Box,
i. Pada Toolbar Drawing, klik butang Text button.
ii. Klik di bahagian slide yang ditentukan untuk memperoleh satu ruang label teks (Text Lavel) dan taipkan teks yang diperlukan.
iii. Klik di bahagian luar kotak garis putus-putus apabila selesai menaip teks.
iv. Beri kesan Bullet pada teks.
* Klik Format, Bullets and Numbering.
*. Pilih folder Bulleted, dan
* Pilih bullet yang sesuai bagi ringkasan isi berkenaan.
v. Masukkan ringkasan isi seterusnya menggunakan teks box berlainan dan bulletkan setiap ringkasan isi berkenaan. 


b. Menyisip objek Word Art.
i. Pada Toolbar Drawing, klik butang Insert Word Art.
ii. Pilih dan klik style yang sesuai. Klik OK.


iii. Taipkan tajuk atau teks yang diperlukan dalam kekotak Edit WordArt Text.
iv. Klik OK dan teks akan dipaparkan pada badan slide. WordArt adalah satu objek teks yang boleh dialih atau diubah saiz dan orientasinya dengan cara memanipulasi placeholders yang timbul apabila objek dipilih.

7. Untuk memasukkan grafik ke dalam persembahan, klik menu Insert, Pilih Picture, pilih lokasi grafik yang perlu dimasukkan ke slide.

8. Grafik atau objek imej boleh juga dipilih daripada Clip Art.

9. Pada Toolbar Drawing, Insert Clip Art. Tetingkap Insert Clip Art akan muncul di sebelah kanan paparan. Pada Search text: taipkan kategori objek, klik Search, pilih dan klik objek yang sesuai.

10. Ubah suai saiz objek dengan klik dan heret pada kekotak yang muncul apabila objek diaktifkan.

11. Bina slide seterusnya. Klik Insert pada Bar menu, pilih New Slide .( Digalakkan membina slide-slide yang telah dirancang terlebih dahulu sebelum memberi kesan gaya kepada kemasukan slide, teks, grafik apabila dipaparkan )

12. Berikan kesan gaya kepada kemasukan slide apabila dipaparkan.
a. Pilih Slide Show, Slide Transition.
b. Pada tetingkap yang muncul di sebelah kanan, pilih kesan yang sesuai di ruang :
i. Apply to selected slides
ii. Modify transition
iii. Advance slides


13. Berikan kesan gaya kepada kemasukan teks dan grafik.
a. Pilih Slide Show, Custom Animation
b. Pada tetingkap yang muncul di sebelah kanan, pilih kesan yang sesuai di ruang
i. Add Effect
ii. Modify effect

Untuk memberi kesan gaya kepada teks atau grafik, aktifkan terlebih dahulu teks atau objek yang hendak diberi kesan tersebut.

14. Uji persembahan anda.
a. Klik Slide Show, View Show.
b. Tekan kekunci ESC untuk keluar dari paparan persembahan.


15. Simpan fail anda sebagai satu persembahan PowerPoint, menggunakan nama bersesuaian dalam folder ICTppt.
a. Klik File, Save As,

b. Dalam kekotak dialog yang timbul, pilih lokasi di ruang Save in sebagai Desktop.
c. Klik pada ikon create new folder
d. Taipkan ICTppt sebagai tempat menyimpan fail di ruang Name , dalam kekotak dialog yang timbul dan klik OK.
e. Taipkan mari belajar di ruang File name.
f. Pastikan pilihan Presentation berada di Save as type:
g. Klik Save.


16. Hyperlink
Digunakan oleh guru untuk membuat hubungan dari persembahan ke suatu fail yang lain. Fail sasaran terbabit mungkin fail grafik, fail bunyi, fail persembahan, fail data, atau perisian.
a. Highlightkan objek yang hendak dihyperlink,
b. Klik Insert, Hyperlink,
c. Pada tetingkap yang muncul, Klik Place In This Document.
d. Pada Select a place in this document: pilih Slide Titles, klik slide sasaran. Klik OK.


17. Animasi
Animasi digunakan untuk memberikan kesan animasi ke atas objek tertentu dalam slide.
a. Klik Slide Show, Costom Animation.
b. Pilih/ Highlightkan objek yang hendak dianimasikan,
c. Pada tetingkap di sebelah kanan paparan, klik Add effect,
d. Berikan kesan animasi yang dikehendaki pada objek berkenaan dengan mengubah butiran folder berikut:
*. Entrance – Cara objek imej dipaparkan ketika persembahan.
*. Emphasis – Cara kandungan objek imej dipaparkan ketika persembahan
*. Exit - Apa yang terjadi pada objek selepas dipaparkan ketika persembahan
*. Motion Paths - Pergerakan objek ketika persembahan.
e. Pada tetingkap sebelah kanan, klik anak panah bawah,



f. Pada tetingkap Box, Ubah Effect dan Timing mengikut kesesuaian.
g. Untuk manipulasi objek bunyi, klik menu Effect dalam tetingkap Box, pada ruang Sound: pilih sound yang sesuai.
h. Sekiranya anda ingin memilih bunyi daripada rakaman yang dibuat, pilih Other Sound, rakam kesan bunyi berkenaan.
i. Klik OK setelah bersesuaian. Merakam bunyi atau suara boleh dilihat dalam Aktiviti 4.


18. Notes Pages
Notes Pages digunakan untuk membina nota sebagai panduan untuk guru semasa menggunakan persembahan.
a. Klik di ruang Click to add Notes.
b. Taipkan terus perincian isi pelajaran serta maklumat tambahan untuk panduan guru di ruang yang disediakan.



19. Mencetak Notes Pages
Cetak persembahan dalam bentuk Notes Pages.
a. Klik File, Print
b. Pilih Printer seperti yang disambungkan ke komputer di ruang Name:
c. Di ruang Print what: pilih Notes Pages, klik OK.


Aktiviti 4 : Menyisip Bunyi
Objektif :
1. Merakam dan memasukkan bunyi dan merakam ulasan (Narration) ke dalam persembahan.

Prosedur :
Rakaman bunyi, muzik, atau suara untuk sesuatu ulasan boleh dilakukan sebelum memulakan persembahan. Rakaman tersebut disimpan sebagai fail bunyi yang boleh dipanggil masuk ke dalam persembahan. Ulasan juga boleh dilakukan semasa persembahan dijalankan. Rakaman tersebut dapat dilaksanakan jika kad bunyi dan mikrofon telah dipasang kepada computer. Cara berikut menunjukkan bagaimana pelbagai jenis rakaman dibuat.

Langkah 1 : Merakam bunyi atau Suara
1. Klik Insert, Movies and Sound, pilih Record Sound


2. Tetingkap Record Sound akan kelihatan.
3. Klik butang bulat merah untuk memulakan rakaman.
4. Klik butang segi empat hitam untuk berhenti rakaman.
5. Klik butang segi tiga hitam untuk mendengar semula rakaman.
6. Klik OK. 
7. Bunyi akan diletakkan pada slide sebagai ikon bunyi berbentuk

8. Untuk menetapkan kemasukan bunyi berkenaan ketika persembahan, klik pada Slide Show di Menu toolbar dan pilih Custom Animation.
9. Aktifkan icon bunyi, pada tetingkap sebelah kanan paparan, klik anak panah bawah ( Media …).
10. Aktifkan Start with previous. Klik Timing, Tetingkap play sound akan muncul.
 
 
11. Tetingkap Play Sound akan muncul, pilih effect, aktifkan kekotak seperti paparan di atas.
12. Klik OK.
13. Uji persembahan anda.

Langkah 2 : Ulasan ( Narration ) semasa persembahan.
1. Pada menu Slide Show, Klik Record Narration. Kekotak dialog berikut akan terpapar dan ia menunjukkan ruang yang masih ada serta tempoh masa maksimum yang boleh digunakan untuk membuat rakaman.


2. Klik OK untuk membuat rakaman suara dalam slide sebagai objek embedded.
3. Teruskan persembahan sementara rakaman suara dijalankan.
4. Jika ingin memberhentikan rakaman, klik butang kanan tetikus dan klik Pause Narration, Untuk meneruskan semula rakaman suara, klik butang kanan tetikus dan klik Resume Recording.
5. Pada akhir persembahan, satu mesej seperti berikut ditunjukkan. Pilih Save untuk menetapkan agar persembahan bergerak mengikut kadar yang telah digunakan semasa rakaman. 


Sumber : 
http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Modul%20Power%20Point%20XP.pdf

No comments:

Post a Comment