<

left

Friday, December 23, 2011

Thursday, December 22, 2011

NEGARAKU OH NEGARAKU



Cintai, Sayangi, Hormati dan kenalilah negara tanah tumpah darah kita.
Biar berputih tulang, jangan berputih mata.

BUAT RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI





KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T.
"SUBHANAALLAH", BESAR DAN AGUNGNYA KEKUASAANMU!
Sebagai renungan dan panduan dalam memperbaiki kelemahan diri di muka bumi ini.
Ingatlah dunia ini hanya sementara.

SENI DALAM BAHASA

http://www.3duntuksemua.com/

Saturday, December 10, 2011

APAKAH ITU?

WAH, SERONOKNYA !

KATA HUBUNG

KSSR BAHASA MELAYU

RAGAM AYAT

PANDUAN GURU BAHASA

KATA NAMA AM

TANDA BACAAN

IMBUHAN

KATA SENDI

MERINGKASKAN KARANGAN

LATIHAN MENYAMBUNG AYAT

KATA ADJEKTIF

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2

KATA GANTI NAMA

PANBM TATABAHASA

PERKATAAN BERLAWANAN

MENGENAL SINONIM

TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN

CARA MENULIS KARANGAN

MARI BELAJAR PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan

Wednesday, December 7, 2011

KITARAN ALAM CIPTAAN ALLAH S.W.T












“Subhanallah, besarnya anugerah Yang Maha Esa atas ciptaan yang tidak terfikir oleh kita sebagai makhlukNya...Mari lah kita sebagai hambaNya bersyukur di atas kurniaan yang tidak terhingga.”

Monday, November 7, 2011

PEPATAH

Merupakan peribahasa yang mengandungi nasihat atau ajaran daripada orang tua-tua (biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan lawan bicara),
 seperti tong kosong nyaring bunyinya, orang yang tidak berilmu banyak bualnya; 
-- petitih berbagai-bagai peribahasa

Sunday, October 23, 2011

PERUMPAMAAN

Perumpamaan adalah bahasa kiasan yang membawa maksud tersirat yang digunakan oleh masyarakat Melayu.
Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan bagai , laksana atau seperti  bagi membuat perbandingan .
Contoh-contoh perumpamaan antaranya :
a) Bagai aur dengan tebing - tolong menolong atau kerjasama yang erat di antara satu sama lain.
    contoh ayat : Untuk menjayakan projek itu mereka mengamalkan sikap  bagai aur dengan tebing.


b) Bagai dihiris dengan sembilu - perasaan sedih dan pedih yang teramat sangat.
    contoh ayat : Hatinya pedih  bagai dihiris dengan sembilu  apabila mendengar cacian daripada makciknya itu.


c) Bagai kacang lupakan kulit - orang yang tidak tahu mengenang budi.
    contoh ayat : Janganlah kamu bersikap   bagai kacang lupakan kulit    nanti kamu akan kehilangan kawan.


d) Bagai isi dengan kuku - persahabatan atau perhubungan yang sangat akrab.
    contoh ayat : Azman dan Azmira berkawan rapat  bagai isi dengan kuku.


e) Bagai melepaskan batuk ditangga - membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
    contoh ayat : Dia tidak selesai melakukan tugasan itu kerana bersikap  bagai melepaskan batuk ditangga. 


f) Laksana burung diam dalam sangkar - orang yang terikat atau terkurung hidupnya.
    contoh ayat : Walaupun banyak hartanya tetapi dia  laksana burung diam dalam sangkar.


g) Laksana pohon kayu tidak berbuah - ilmu yang tidak diamalkan.
    contoh ayat : Orang tua itu  laksana pohon kayu tidak berbuah  kerana ilmu yang ada padanya tidak             diamalkan.


h) seperti anjing dengan kucing - selalu bertengkar.
   contoh ayat : Mereka  seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti akan bergaduh.


i) seperti api dalam sekam - perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
    contoh ayat : Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api di dalam sekam.


j) seperti langit dengan bumi - perbezaan yang tersangat jauh.
   contoh ayat : Tingkah laku adik beradik itu  tersangat jauh bezanya  seperti langit dengan bumi.


k) seperti katak di bawah tempurung - tidak berpengetahuan dan berpengalaman.

    contoh ayat : Kita digalakkan banyak membaca supaya dapat meluaskan pengetahuan tidak seperti  katak di bawah tempurung.


l) seperti rusa masuk ke kampung - tercengang-cengang kehairanan.
contoh ayat : Ali   seperti rusa masuk ke kampung  apabila tiba ke majlis yang berprestij itu.







Friday, October 21, 2011

SIMPULAN BAHASA

Rampaian Bahasa terdiri daripada  Simpulan Bahasa, Bandingan SemacamPerumpamaanPepatah, Bidalandan Kata-Kata Hikmat.

A) SIMPULAN BAHASA
     Merupakan gabungan dua patah kata yang mempunyai maksud yang tertentu.


Contoh-contoh Simpulan Bahasa::
ianak angkat - Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh ayat:
Amirul adalah anak angkat bagi keluarga Encik Ahmad.



ii) ajak-ajak ayam - tidak bersungguh-sungguh mempelawa.
Contoh ayat:
Nadia ajak-ajak ayam sahaja ke majlis hari jadinya.


iii) batu api - penghasut
Contoh ayat:
Ramli menjadi batu api dalam pergaduhan antara Saiful dan Syahir.


iv) bekas tangan - hasil kerja tangan seseorang.
Contoh ayat:
Bakul rotan itu adalah bekas tangan kanak-kanak buta di Taman Asuhan Penyayang.


v) campur tangan - turut serta dalam urusan orang lain.
Contoh ayat:
Pihak kerajaan terpaksa campur tangan dalam isu pertikaian antarabangsa.


vi) harga mati - harga yang tidak boleh ditawar atau muktamad.
Contoh ayat:
Harga baju yang dijual di pasar raya itu adalah harga mati.


vi) ikat perut - tidak makan kerana tiada wang atau susah
Contoh ayat:
Keluarga Haziq terpaksa ikat perut kerana miskin.


vii) mengikut jejak - meniru perbuatan orang yang terdahulu.
Contoh ayat:
Anak-anak Keluarga Sidik telah mengikut jejak bapanya dalam kejohanan badminton.


viii) tajam akal - cerdik, pintar
Contoh ayat :
Suria tajam akal dan mudah memahami apa yang diajar gurunya.

Wednesday, October 12, 2011

BANDINGAN

Merupakan perbandingan sesuatu tindakan atau tingkah laku.Menggunakan perkataan perbandingan iaitu seperti, laksana, dan bagai.
Contoh-contoh Bandingan ialah:
a) adil laksana hakim
   Cikgu Shera tidak pernah membeza-bezakan pelajar-pelajarnya.Beliau adil laksana hakim.


b)becok seperti murai
   Kerana tidak tahan mendengar leteran Mak Limah yang becok seperti murai   itu,    kami   terus pulang.


c) cantik bagai bidadari
   Peragawati itu cantik  bagai bidadari.


d)merdu bagai buluh perindu
   Kami sangat kagum akan suaranya yang merdu bagai buluh perindu.


e) lembut seperti sutera
    Kulit bayi itu sangat lembut seperti sutera.


f) hitam seperi arang
    Kerana bekerja di tengah panas setiap hari, kulitnya menjadi hitam seperti arang.


g)pucat seperti mayat
  Wajahnya pucat seperti mayat kerana mendengar berita yang menyedihkan itu.


h) licin seperti belut
   Berhati-hatilah apabila melalui titi yang licin seperti belut itu.


i) kuat seperti guruh
   Bunyi letupan yang kuat seperti guruh itu memeranjatkan kami.


j) pahit seperti hempedu
   Walaupun pahit seperti hempedu , ubat itu terpaksa diminumnya juga.