A) SIMPULAN BAHASA
Merupakan gabungan dua patah kata yang mempunyai maksud yang tertentu.
Contoh-contoh Simpulan Bahasa::
i) anak angkat - Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh ayat:
Amirul adalah anak angkat bagi keluarga Encik Ahmad.
ii) ajak-ajak ayam - tidak bersungguh-sungguh mempelawa.
Contoh ayat:
Nadia ajak-ajak ayam sahaja ke majlis hari jadinya.
iii) batu api - penghasut
Contoh ayat:
Ramli menjadi batu api dalam pergaduhan antara Saiful dan Syahir.
iv) bekas tangan - hasil kerja tangan seseorang.
Contoh ayat:
Bakul rotan itu adalah bekas tangan kanak-kanak buta di Taman Asuhan Penyayang.
v) campur tangan - turut serta dalam urusan orang lain.
Contoh ayat:
Pihak kerajaan terpaksa campur tangan dalam isu pertikaian antarabangsa.
vi) harga mati - harga yang tidak boleh ditawar atau muktamad.
Contoh ayat:
Harga baju yang dijual di pasar raya itu adalah harga mati.
vi) ikat perut - tidak makan kerana tiada wang atau susah
Contoh ayat:
Keluarga Haziq terpaksa ikat perut kerana miskin.
vii) mengikut jejak - meniru perbuatan orang yang terdahulu.
Contoh ayat:
Anak-anak Keluarga Sidik telah mengikut jejak bapanya dalam kejohanan badminton.
viii) tajam akal - cerdik, pintar
Contoh ayat :
Suria tajam akal dan mudah memahami apa yang diajar gurunya.
No comments:
Post a Comment