<

left

Sunday, October 23, 2011

PERUMPAMAAN

Perumpamaan adalah bahasa kiasan yang membawa maksud tersirat yang digunakan oleh masyarakat Melayu.
Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan bagai , laksana atau seperti  bagi membuat perbandingan .
Contoh-contoh perumpamaan antaranya :
a) Bagai aur dengan tebing - tolong menolong atau kerjasama yang erat di antara satu sama lain.
    contoh ayat : Untuk menjayakan projek itu mereka mengamalkan sikap  bagai aur dengan tebing.


b) Bagai dihiris dengan sembilu - perasaan sedih dan pedih yang teramat sangat.
    contoh ayat : Hatinya pedih  bagai dihiris dengan sembilu  apabila mendengar cacian daripada makciknya itu.


c) Bagai kacang lupakan kulit - orang yang tidak tahu mengenang budi.
    contoh ayat : Janganlah kamu bersikap   bagai kacang lupakan kulit    nanti kamu akan kehilangan kawan.


d) Bagai isi dengan kuku - persahabatan atau perhubungan yang sangat akrab.
    contoh ayat : Azman dan Azmira berkawan rapat  bagai isi dengan kuku.


e) Bagai melepaskan batuk ditangga - membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
    contoh ayat : Dia tidak selesai melakukan tugasan itu kerana bersikap  bagai melepaskan batuk ditangga. 


f) Laksana burung diam dalam sangkar - orang yang terikat atau terkurung hidupnya.
    contoh ayat : Walaupun banyak hartanya tetapi dia  laksana burung diam dalam sangkar.


g) Laksana pohon kayu tidak berbuah - ilmu yang tidak diamalkan.
    contoh ayat : Orang tua itu  laksana pohon kayu tidak berbuah  kerana ilmu yang ada padanya tidak             diamalkan.


h) seperti anjing dengan kucing - selalu bertengkar.
   contoh ayat : Mereka  seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti akan bergaduh.


i) seperti api dalam sekam - perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
    contoh ayat : Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api di dalam sekam.


j) seperti langit dengan bumi - perbezaan yang tersangat jauh.
   contoh ayat : Tingkah laku adik beradik itu  tersangat jauh bezanya  seperti langit dengan bumi.


k) seperti katak di bawah tempurung - tidak berpengetahuan dan berpengalaman.

    contoh ayat : Kita digalakkan banyak membaca supaya dapat meluaskan pengetahuan tidak seperti  katak di bawah tempurung.


l) seperti rusa masuk ke kampung - tercengang-cengang kehairanan.
contoh ayat : Ali   seperti rusa masuk ke kampung  apabila tiba ke majlis yang berprestij itu.







No comments:

Post a Comment