Perumpamaan adalah bahasa kiasan yang membawa maksud tersirat yang digunakan oleh masyarakat Melayu.
Perumpamaan biasanya menggunakan perkataan bagai , laksana atau seperti bagi membuat perbandingan .
Contoh-contoh perumpamaan antaranya :
a) Bagai aur dengan tebing - tolong menolong atau kerjasama yang erat di antara satu sama lain.
contoh ayat : Untuk menjayakan projek itu mereka mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing.
b) Bagai dihiris dengan sembilu - perasaan sedih dan pedih yang teramat sangat.
contoh ayat : Hatinya pedih bagai dihiris dengan sembilu apabila mendengar cacian daripada makciknya itu.
c) Bagai kacang lupakan kulit - orang yang tidak tahu mengenang budi.
contoh ayat : Janganlah kamu bersikap bagai kacang lupakan kulit nanti kamu akan kehilangan kawan.
d) Bagai isi dengan kuku - persahabatan atau perhubungan yang sangat akrab.
contoh ayat : Azman dan Azmira berkawan rapat bagai isi dengan kuku.
e) Bagai melepaskan batuk ditangga - membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
contoh ayat : Dia tidak selesai melakukan tugasan itu kerana bersikap bagai melepaskan batuk ditangga.
f) Laksana burung diam dalam sangkar - orang yang terikat atau terkurung hidupnya.
contoh ayat : Walaupun banyak hartanya tetapi dia laksana burung diam dalam sangkar.
g) Laksana pohon kayu tidak berbuah - ilmu yang tidak diamalkan.
contoh ayat : Orang tua itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana ilmu yang ada padanya tidak diamalkan.
h) seperti anjing dengan kucing - selalu bertengkar.
contoh ayat : Mereka seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti akan bergaduh.
i) seperti api dalam sekam - perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
contoh ayat : Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api di dalam sekam.
j) seperti langit dengan bumi - perbezaan yang tersangat jauh.
contoh ayat : Tingkah laku adik beradik itu tersangat jauh bezanya seperti langit dengan bumi.
k) seperti katak di bawah tempurung - tidak berpengetahuan dan berpengalaman.
contoh ayat : Kita digalakkan banyak membaca supaya dapat meluaskan pengetahuan tidak seperti katak di bawah tempurung.
l) seperti rusa masuk ke kampung - tercengang-cengang kehairanan.
contoh ayat : Ali seperti rusa masuk ke kampung apabila tiba ke majlis yang berprestij itu.
Sunday, October 23, 2011
Friday, October 21, 2011
SIMPULAN BAHASA
Rampaian Bahasa terdiri daripada Simpulan Bahasa, Bandingan Semacam, Perumpamaan, Pepatah, Bidalan, dan Kata-Kata Hikmat.
A) SIMPULAN BAHASA
Merupakan gabungan dua patah kata yang mempunyai maksud yang tertentu.
Contoh-contoh Simpulan Bahasa::
i) anak angkat - Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh ayat:
Amirul adalah anak angkat bagi keluarga Encik Ahmad.
ii) ajak-ajak ayam - tidak bersungguh-sungguh mempelawa.
Contoh ayat:
Nadia ajak-ajak ayam sahaja ke majlis hari jadinya.
iii) batu api - penghasut
Contoh ayat:
Ramli menjadi batu api dalam pergaduhan antara Saiful dan Syahir.
iv) bekas tangan - hasil kerja tangan seseorang.
Contoh ayat:
Bakul rotan itu adalah bekas tangan kanak-kanak buta di Taman Asuhan Penyayang.
v) campur tangan - turut serta dalam urusan orang lain.
Contoh ayat:
Pihak kerajaan terpaksa campur tangan dalam isu pertikaian antarabangsa.
vi) harga mati - harga yang tidak boleh ditawar atau muktamad.
Contoh ayat:
Harga baju yang dijual di pasar raya itu adalah harga mati.
vi) ikat perut - tidak makan kerana tiada wang atau susah
Contoh ayat:
Keluarga Haziq terpaksa ikat perut kerana miskin.
vii) mengikut jejak - meniru perbuatan orang yang terdahulu.
Contoh ayat:
Anak-anak Keluarga Sidik telah mengikut jejak bapanya dalam kejohanan badminton.
viii) tajam akal - cerdik, pintar
Contoh ayat :
Suria tajam akal dan mudah memahami apa yang diajar gurunya.

Wednesday, October 12, 2011
BANDINGAN
Merupakan perbandingan sesuatu tindakan atau tingkah laku.Menggunakan perkataan perbandingan iaitu seperti, laksana, dan bagai.
Contoh-contoh Bandingan ialah:
a) adil laksana hakim
Cikgu Shera tidak pernah membeza-bezakan pelajar-pelajarnya.Beliau adil laksana hakim.
b)becok seperti murai
Kerana tidak tahan mendengar leteran Mak Limah yang becok seperti murai itu, kami terus pulang.
c) cantik bagai bidadari
Peragawati itu cantik bagai bidadari.
d)merdu bagai buluh perindu
Kami sangat kagum akan suaranya yang merdu bagai buluh perindu.
e) lembut seperti sutera
Kulit bayi itu sangat lembut seperti sutera.
f) hitam seperi arang
Kerana bekerja di tengah panas setiap hari, kulitnya menjadi hitam seperti arang.
g)pucat seperti mayat
Wajahnya pucat seperti mayat kerana mendengar berita yang menyedihkan itu.
h) licin seperti belut
Berhati-hatilah apabila melalui titi yang licin seperti belut itu.
i) kuat seperti guruh
Bunyi letupan yang kuat seperti guruh itu memeranjatkan kami.
j) pahit seperti hempedu
Walaupun pahit seperti hempedu , ubat itu terpaksa diminumnya juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)